Posted by : Unknown
Monday, February 11, 2013
KUALA LUMPUR: Satu permainan
komputer yang digilai remaja negara ini dikhuatiri boleh menjejaskan
akidah pemainnya kerana ia mengandungi elemen menghina Islam apabila
memaparkan kalimah Allah dan Kaabah.
Pemain permainan itu didakyah
kononnya mereka berjihad untuk menentang syaitan kerana dikehendaki
menewaskan makhluk itu untuk menembusi 12 pintu sebelum ‘penghulu
syaitan’ menanti mereka di pintu terakhir iaitu pintu Kaabah.
Elemen penghinaan ke atas Islam
jelas tertera apabila kalimah Allah dipaparkan di setiap pintu yang
dikawal syaitan termasuklah di pintu kaabah.
Difahamkan, permintaan tinggi
terhadap permainan itu menyebabkan pihak pengeluar kini sudah
mengeluarkan empat edisi bagi permainan berkenaan sejak mula
memasarkannya pertengahan tahun lalu.
Tokoh agama yang juga penceramah
bebas, Hassan Mahmud Al-Hafiz menyifatkan permainan komputer itu satu
penghinaan melampau kepada umat Islam kerana kaabah adalah kiblat dan
tempat suci, begitu juga dengan kalimah Allah yang tidak boleh dijadikan
bahan permainan sesuka hati.
Satu adegan dalam game tersebut
dipaparkan pintu kaabah sebagai pintu yang menghubungkan di antara dunia
syaitan dan dunia nyata dan yang membukakan pintu tersebut adalah
karaker c.g.i. yang telah menyerahkan diri pada kuasa ilmu hitam yang
sememangnya Islam melarang amalan itu.
Ayat karaker c.g.i. itu ada membaca ayat, kalau tak silap lebih kurang begini permulaannya.
(Diterjemahkan dalam bahasa Melayu)
"wahai pintu yang menghubungkan dunia kegelapan"
dan karaker itu membaca ayat itu
didalam kitab yang dipegangnya. Kalau tak silap kitab bible. Pasal di
akhir scene karaker tersebut ada menyebut 7 ayat kemusnahan yg tercatit
didalam bible.
"Wrath, Sloth, Lust, Gluttony, Greed, Pride dan akhir sekali Envy".
Kalimah Allah pada 'Pintu' di dalam Permainan tersebut...
Dibandingkan dengan Pintu Kaabah yang sebenar. Sama kan?
2) Clive Barker Undying
Permainan
ini mengisahkan tentang perlawanan dengan syaitan. Tetapi ianya
menggambarkan dalam istana yang diduduki syaitan itu terdapatnama-nama
Allah di dinding istana tersebut. Ini seolah-olah menggambarkan bahawa
sesiapa yang menyembah Allah itu adalah sekutu syaitan.
Berita mengenai permainan ini dirampas:
Permainan Undying dirampas kerana hina Islam
PERISIAN permainan komputer Clive Barker, Undying telah dirampas dalam operasi di sebuah pusat beli-belah di Kelang baru-baru ini kerana memaparkan beberapa perkataan dipercayai dipetik daripada al-Quran. Penolong Pengarah Penyelidikan dan Pembangunan, Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS), Abdul Malek Ramli, berkata pihaknya merampas 50 keping cakera padat dari tiga premis di pusat beli-belah itu, hasil maklumat orang awam. Permainan itu mengisahkan watak utama, Clive Baker mengunjungi istana yang penuh ukiran artistik bercorak Islam termasuk ayat Al-Quran, yang dikuasai hantu dan syaitan.
Pemain permainan itu, menerusi watak Clive Baker perlu membunuh semua hantu dan syaitan bagi memperolehi sejenis tangkal bagi menghidupkan semula pemilik istana. Dalam laporan eMedia/Berita Harian yang disiarkan baru-baru ini Abdul Malek berkata, perisian cakera padat dipercayai cetak rompak yang dijual dengan harga RM10 itu, menggambarkan seolah-olah Islam berkompromi dengan syaitan.
Jika terbeli, beliau berkata, ibu bapa beragama Islam dinasihati memulangkan cakera padat itu kepada JAIS kerana ia boleh menpengaruhi kanak-kanak, selain menyalahi undang-undang.
Mengikut Seksyen 10 Enakmen Jenayah Syariah Selangor 1995, mana-mana orang Islam yang memiliki, menyimpan atau menjual bahan menghina Islam boleh dipenjara maksimum lima tahun atau denda RM5,000 ataupun kedua-duanya sekali, jika sabit kesalahan. Hukuman bagi orang bukan Islam yang terbukti menyimpan, menjual atau memiliki bahan itu, akan dirujuk kepada Kementerian Dalam Negeri.
Abdul Malek berkata, JAIS juga menerima dakwaan orang awam mengatakan, perkataan Allah dalam abjad jawi, timbul setiap kali Clive membunuh syaitan tertentu. “Jais masih menjalankan siasatan lanjut mengenai perisian itu dan ia mungkin mengambil masa tetapi serbuan terhadap premis lain akan dibuat secepat mungkin,” katanya.
3) Zack And Wiki

Luahan dari seorang gamer Wii:
Sebagai Avid seorang gamer Wii, saya sedang melihat trailer video game ini dan beberapa gameplay dari Zack and Wiki. Saya dibesarkan dalam sebuah keluarga Muslim dan melawat Pakistan beberapa kali. Oleh kerana itu, saya boleh mengatakan bahawa pada minit ke 0:20 dan 0:44 saat dalam video ini, anda boleh mendengar penghuni pulau sedang berdoa dengan suara panggilan Muslim untuk berdoa, "Allahu Akbar", dan kemudian meniru cara doa. Aneh dan agak mengerikan, saya sangat berharap laungan itu bersifat sementara sebelum diganti ke suara lain. Walaubagaimanapun, mengapa game tersebut dapat tempat pertama di sana?
Note: Korang boleh dengar laungan "Allahu Akbar" pada minit ke 0:20 & 0:44 pada video dibawah.
Tindakan yang dibuat:
The Council of American-Islamic
Relations (CAIR) has announced that Capcom has removed what CAIR calls a
"common Islamic phrase" from Zack & Wiki: Quest for Barbaros'
Treasure on the Wii. The phrase's removal comes following complaints
from CAIR and others.
The phrase in question is
"Allahu akbar" ("God is most Great"), an Arab phrase frequently used in
prayer. The phrase came to CAIR and several complainants' attention
after it appeared in a promotional video for the game.
A Capcom representative told
CAIR, "We have already contacted the team working on the game, and the
phrase has been removed from the game and will not be heard in future
videos released to the public."
"We appreciated Capcom's
willingness to address Muslim concerns about the use of a religious
phrase in an inappropriate context and applaud the company's swift
response.
4) Prince Of Persia
Prince Of Persia Pedang pada watak tu ada tulisan Kaligrafi Arabic Alphabatic yang diatasnya ditulis,
"Sebarkanlah ajaranku walau satu ayat pun"
(Sabda Rasulullah SAW)
"Nescaya Allah memperbaiki bagimu
amalan-amalanmu dan mengampuni bagimu dosa-dosamu. Dan barangsiapa
mentaati Allah dan Rasul-Nya, maka sesungguhnya ia telah mendapat
kemenangan yang besar" (Surah Al- Ahzab:71)
Jika kita main game ini
bermaksud kita juga menyokong apa yang mereka cuba sampaikan dan mereka
lakukan; jadi semoga dapat disampaikan kepada saudara-saudara kita di
luar sana.
5) Counter Strike Condition Zero Deleted Scenes
Counter Strike Condition Zero Deleted
First Stage dia. Kita kena tembak dengan askar-askar yang beragama
Islam. Kalau kita sedar, masa kita tembak tu kita boleh dengar askar
yang kena tembak menjerit "ALLAHUAKBAR" & "JIHADD".
6) Stronghold Crusader
Permainan Perang Salib. Pemain memain
watak sebagai Crusader dan menentang musuhnya iaitu adalah orang Arab,
dan ketika perang Salib, orang Arab semestinya orang Islam.
7) Guitar Hero 3 Legends Of Rock
Tidak
cukup dengan karikatur dan filem pendek Fitna yang menghina kesucian
Islam. Datang pula game komputer yang menghina kalimah Allah SWT. Kali
ini game Guitar Hero 3 telah menghina kalimah Allah SWT. Guitar Hero 3
adalah permainan komputer yang memainkan lagu-lagu rock klasik.
Lihatlah bagaimana paparan kalimah
Allah ini telah dijadikan paparan lantai dan kemudian dipijak-pijak oleh
makhluk yang berupa “syaitan” bermain gitar. Sungguh biadap game ini.
Game ini dibangunkan oleh syarikat Neversoft dan dikeluarkan oleh
Activision dan RedOctane. Neversoft adalah sebuah syarikat pembangunan
video game yang berpangkalan di Amerika Syarikat. Dimiliki oleh Joel
Jewett (berasal dari Montana, Amerika) bersama dengan Chris Ward dan
Mick West. Chris dan Mick kedua-duanya berasal dari Yorkshire, England.
Jika kita tidak teliti, kita tidak
akan perasan paparan kalimah Allah SWT ini. Pada sesiapa yang melihat
permainan komputer ini sila uninstall game ini. Sungguh halus permainan
golongan Yahudi dan Nasara untuk menyesatkan orang Islam. Waspadalah
kita sebelum membeli mana-mana permainan komputer.
AZRINIZAM IBRAHIM
Presiden Gabungan Pemimpin Mahasiswa Malaysia
Ada 2 kemungkinan di sini.
a) Penghinaan Senyap
Memang sengaja menyelitkan unsur penghinaan.
b) Zodiak Virgo
Jika zodiak Virgo diterbalikkan 180 darjah, maka jadilah seperti bentuk dalam gambar tadi.
Zodiak Virgo:
Zodiak Virgo diterbalikkan 180 darjah:
Adakah simbol di dalam video game ini hanyalah zodiak Virgo yang terbalik atau memang sengaja menghina Islam?
UPDATED @ 5/3/2011
8) Resident Evil 4
Ni dia lagi 1 game yang menghina Islam iaitu Resident Evil 4. Resident Evil 4 merupakan game berdasarkan bahayanya biologi iaitu virus dan zombie. Ringkasnya, misi game ini adalah untuk menyelamatkan anak presiden Amerika yang diculik oleh kumpulan yang bernama "Los Illuminados".
Los Illuminados bermaksud “The Illuminated!”
Gambar berikutnya adalah lambang illuminati pada game tersebut.
Lambang illuminati pada loket atau tangkal tersebut
Screenshot dari gameplay Resident Evil 4
Zoom pada pintu tersebut.
Korang perasan tak apa yang tak kena dengan gambar di atas?. Agak-agak korang macam pernah nampak tak?
Kalau korang nak tahu itulah pintu Omar Bin Khattab, Masjid Nabawi, Madina. Macam mana boleh sesat dalam game ni pulak!!!.
Pintu Omar Bin Khattab, Masjid Nabawi
Apa yang lebih teruk lagi ialah pintu tersebut telah di Illuminati kan!!!. Lihat gambar di bawah ini.
Perbezaan pintu dalam game dengan realiti
Selepas meletakkan logo illuminti game tersebut
Kepada korang yang telah membaca post ni harap sebarkan pada keluarga, kawan-kawan dan orang Muslim yang lain secepat mungkin!.
Kesimpulannya, semua orang Islam
diharamkan main games yang mempunyai unsur menghina agama-agama di
dunia. Orang Islam haram main games yang ada unsur menghina agama Islam,
hina agama Kristian, hina agama Yahudi, hina agama Buddha,hina agama
Hindu, dan lain-lain fahaman dan kepercayaan yang berunsur keagamaan.
Kalau kita main juga, bermakna
kita telah menghina agama-agama berkenaan dan bersubahat dengan penghina
agama itu. Itu juga bermakna kita telah melanggar perintah Nabi
Muhammad SAW.
Nabi kita Muhammad SAW melarang
umatnya daripada menghina agama Islam dan semua agama yang ada di muka
bumi ini. Orang Islam dilarang dan diharamkan daripada menghina agama
lain.